KOGAJ TERUS MAJU 2022

Pengenalan

KOPERASI PERUSAHAAN DAN PERNIAGAAN GURU-GURU AGAMA JOHOR BERHAD – (KOGAJ) ditubuhkan pada 1957 dan mula didaftarkan pada 21 Feb 1959 dengan nama Syarikat Berkerjasama Membeli Harta Guru-Guru Agama Johor Utara. Orang yang bertanggungjawab mencadangkan penubuhan ini adalah Allahyarham Penghulu Yahya bin Abdul Aziz. Oleh kerana beliau sedar akan kepincangan ekomoni yang dialami oleh guru-guru agama khususnya di Muar.    

Tujuan penubuhan adalah untuk menghindarkan mereka (guru-guru agama) daripada terjerumus kepada beban dan masalah hutang riba’ dan mengelakkan tanah- tanah mereka tergadai.

 

 

 

 

 

Objektif Koperasi

KOPERASI PERUSAHAAN DAN PERNIAGAAN GURU-GURU AGAMA JOHOR BERHAD

Objektif utama adalah untuk menghindarkan mereka (guru-guru agama)
daripada terjerumus kepada beban dan masalah hutang riba’ dan mengelakkan tanah- tanah mereka tergadai

Dalam mempelbagai ekonomi dikalangan anggota KOGAJ , beberapa bidang keberhasilan perniagaan dikalangan anggota cuba diwujudkan bagi menambah nilai ekonomi dalam persekitaran urusniaga KOGAJ.

KOPERASI  PERUSAHAAN DAN PERNIAGAAN GURU-GURU AGAMA  JOHOR mengklasifikasikan jenis bidang kepada beberapa bahagian selain yang berkaitan dengan pembiayaan.

Bidang aktiviti perniagaan yang terdapat dalam undang-undang kecil KOGAJ :-

 

  1. Pembiayaan kredit anggota
  2. Kontrak perkhidmatan dan pmbekalan
  3. Aktiviti pertanian, perladangan, ternakan dan industri asas tani
  4. Pajak gadai Islam Ar-Rahnu
  5. Perlancongan dan pengangkutan
  6. Aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan
  7. Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa , mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan tak alih
  8. Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain
  9. Mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan
  10. Pelaburan 

 

Visi : Meningkatkan taraf sosio ekonomi anggota supaya berdaya saing menurut syariat.

Misi : Menyediakan perkhidmatan pembiayaan kewangan, pemilikan hartanah dan bangunan, mengendalikan perusahaan perladangan dan perniagaan industri asas tani dan peruncitan.

Visi & Misi

Koperasi

Ahli Lembaga Koperasi

Lembaga pengarah ialah badan yang terdiri daripada anggota yang dipilih atau dilantik untuk menyelia kegiatan sesebuah syarikat atau pertubuhan. Badan ini kadangkala mempunyai nama yang lain seperti lembaga pemegang amanah, lembaga gabenor, lembaga pengurus, atau lembaga eksekutif. Bagaimanapun, ia sering dirujuk secara mudah sebagai “lembaga“. Kegiatan lembaga ditentukan oleh kuasa, kewajipan, dan tanggungjawab yang ditugasinya atau diberikannya oleh pihak berkuasa di luar bidang kuasanya

Muhammad Rashidin Taib @ Sidek

Bendahari

  • Pendidikan :
    • Diploma Pendidikan (IPG) 
  • Kerjaya : Guru Agama Kerajaan Negeri Johor

Hj. Samsudin Samudi PSI II

Pengerusi

  • Pendidikan :
    • Sarjana Muda Pengajian Islam  (UTM)
    •  Kerjaya : Guru Agama Kerajaan Negeri Johor
setiausaha

Hjh Siti Hajijah Abd Aziz

Setiausaha

  • Pendidikan :
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
    • Kerjaya : Pesara Guru

ALK dan J.A.D KOGAJ

Ketua Biro Kredit

Ketua Biro Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Ketua Biro Pelancongan

Ketua Biro Bangunan dan Prasarana

Ketua Biro Korporat

Ketua Biro Perladangan

Ketua Biro Pendidkan

Ketua Biro Kebajikan

Ketua Biro Keanggotaan

 Ketua Jawatankuasa Audit Dalaman

Jawatankuasa Audit Dalaman

Jawatankuasa Audit Dalaman

Jawatankuasa Audit Dalaman

Pengurusan
dan kakitangan